ARAH KIBLAT MASJID KAMPUNG HULU, MELAKA PERLU PEMBETULAN
Masjid Kampung Hulu adalah antara masjid tertua di Melaka. Jarak masjid ini dari Kaabah di Mekah ialah 7,077 km. Kordinat Lat-Long masjid Kg. Hulu adalah 2°11'57"N 102°14'51"E, manakala kordinat Lat-Long Kaabah pula adalah 21°25'20"N 39°49'34"E.
Setelah di teliti dari Google Earth, arah kiblat masjid Kg. Hulu adalah tidak tepat dan berselisih sebanyak lebih kurang 10° ke utara.
Penulis mencadangkan kepada pihak berkuasa agar menyemak semula arah kiblat Masjid Kampung Hulu, Melaka. Tanpa merubah struktur bangunan masjid, perubahan mungkin hanya perlu dibuat pada karpet di dalam masjid sahaja.