ARAH KIBLAT MASJID NABAWI MADINAH - PERLU PELARASAN 4° KE TIMUR?


Assalamualaikum.
Semakan dan pengiraan yang saya lakukan (menggunakan Google Earth) ke atas arah kiblat Masjid Nabawi (LatLong 24°28'05"N 39°36'37"E) mendapati terdapat selisih sebanyak lebih kurang 4° (darjah) ke barat. Maka pembetulan (jika perlu) hendaklah dibuat sebanyak 4° ke timur.


Saya berkesimpulan bahawa penentuan arah kiblat yang dilakukan oleh Yang Mulia Nabi Muhammad Sollallahu alaihiwasallam sewaktu membina bangunan asal Masjid Nabawi adalah tepat kerana berpandukan wahyu dari Allah Subhanahu wata'ala, walaupun tanpa bantuan peralatan-peralatan canggih seperti yang terdapat di waktu kini.


Kemungkinan selisih sebanyak 4° ke barat ini berlaku kerana pergerakan lapisan kerak bumi mahupun kesilapan jurukur sewaktu pembinaan semula struktur bangunan Masjid Nabawi.

Memandangkan jarak sejauh 338km antara Masjid Nabawi ke Kaabah (LatLong 21°25'20"N 39°49'34"E), selisih sekecil 4° ini menyebabkan arah kiblat Masjid Nabawi tersasar sejauh 24km dari Kaabah (ke arah barat).


Sekiranya sudah ada tindakan terhadap isu ini, maka itu adalah yang terbaik. Namun sekiranya belum, maka diharap pihak yang berkuasa ke atas perkara ini akan membuat semakan dan pengiraan untuk membetulkan semula arah kiblat Masjid Nabawi.

Sila kongsi artikel ini - Muhammad Abdul Aziz

Popular posts from this blog

Arah kiblat Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar Johor, Tepat.

APA ADA DI BAWAH KAABAH DI BELAKANG BUMI - ANTIPODE KAABAH

Arah Kiblat Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang tepat ke Kaabah

Arah Kiblat Masjid Sultan Muhammad Kota Bharu Tepat.

ARAH KIBLAT MASJID KAMPUNG HULU, MELAKA PERLU PEMBETULAN

Arah Kiblat Masjid Sultan Singapore tepat ke arah Kaabah