Arah kiblat Masjid “Si Pitung” Al Alam, Marunda, Jakarta Utara tersasar 1106km dari Kaabah
Masjid “Si Pitung” Al Alam, Marunda, Jakarta Utara adalah masjid tua yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia terletak pada kordinat 6°05'39"S 106°57'35"E. Jarak masjid ini dari Kaabah ialah 7928km (Google Earth).
Hasil semakan dan pengiraan mendapati bahawa terdapat selisih sudut sebanyak 8° yang menyebabkan arah kiblat masjid ini tersasar sejauh 1106km dari kedudukan sebenar Kaabah.







